Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita di rogol beramai-ramai, dibunuh dan di gantung

No Comment



PUNJAB: Seorang wanita telah di bunuh dan di gantung dengan kejam di dahan pokok selepas di rogol bergilir-gilir oleh teman lelaki dan kawan-kawannya dan kejadian terebut hampir sama dengan yang berlaku di India bulan lepas.

Polis di Pakistan berkata, Muzammil Bibi, 21, diserang tiga lelaki di sebuah ladang di kawasan Layyah di wilayah Punjab.

Seorang daripada mereka, teman lelakinya yang dikenalinya enam bulan lalu Muhammad Saqib, mengaku merogol dan membunuhnya.


Saqib dikatakan cuba memaksa Muzammil, anak pasangan suami isteri yang buta, melakukan seks dengan dua rakannya.

Jurucakap polis, Ghazi Salahudin berkata, Sebelum kejadian mangsa telah bergaduh dengan teman lelakinya. Kejadian dikatakan berlaku sehari sebelumnya, tetapi dilapor kepada polis keesokannya selepas penduduk tempatan menemui mayat mangsa tergantung pada pokok.

"Muzammil, anak sulung daripada lapan beradik digantung selepas diperkosa supaya dia dilihat seperti membunuh diri.

"Suspek berkenalan dengan mangsa enam bulan lalu selepas mengunjungi rumahnya selaku pembantu pemborong sayur.

Di hari kejadian Saqib membawa Muzammil ke kedai tempat dia bekerja. Dia membawanya ke atas loteng bangunan kedai itu, tempat dua rakannya menunggu.

Apabila Saqib memujuknya supaya mengadakan seks dengan ketiga-tiga mereka, namun Muzammil enggan dan melawan. Mangsa kemudiannya dirogol secara bergilir-gilir sebelum dibunuh. - Siakapkeli.com.my

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli