Majlis Fatwa Negeri Perlis: Haram Ungkapkan Perkataan ‘al-madad Ya Rasulullah’ Walaupun Dalam Doa.
KANGAR: Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah mengeluarkan fatwa bahawa ungkapan al-Madad ya Rasulullah sama ada dalam doa, nyanyian qasidah, nasyid dan sebagainya tidak dibenarkan kerana boleh membawa kepada syirik.
Menurut kenyataan dari mufti Negeri Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya, maksud ungkapan 'al-Madad ya Rasulullah' adalah memohon batuan wahai Rasulullah merupakan sejenis al-Istighathah yang tidak sama sekali dibenarkan dalam ajaran Islam.
“Tidak boleh memohon bantuan kepada orang yang sudah meninggal dunia, begitu juga kepada Rasulullah yang telah wafat dan dalam konteks ini, kita (umat Islam) hanya boleh memohon pertolongan Allah.
“Sedangkan Rasulullah sendiri meminta supaya kita memohon bantuan daripada Allah,” katanya di sidang media hari ini.
Beliau menasihati kepada semua umat islam di negara ini lebih peka dan berhati-hati menyanyikan lagu qasidah atau nasyid yang terdapat ungkapan al-Madad ya Rasulullah.
“Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berhubung perkara tersebut diputuskan dalam mesyuaratnya yang diadakan pada 17 November lalu,”
Tambah beliau lagi, selain dari itu beliau menegaskan bahawa memakai lilitan kain hitam di lengan baju berwarna putih oleh orang Islam hukumnya adalah haram kerana menyerupai adat orang kafir.
“Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur adat keagamaan lain,”- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini