Sungguh menarik apabila melihat makanan-makanan hiasan mini ini yang membuatkan kita pasti rasa untuk membelinya dan sememangnya makanan hiasan mini ini betul-betul dijual,
Pelbagai taktik perniagaan yang digunakan sekarang untuk menarik perhatian kita supaya membeli sesuatu produk. Tapi bagi admin apa yang di buat oleh syarikat Sucre Sucre Miniatures ini amat menarik dan admin pun rasa macam nak beli makanan hiasan ini.
Syarikat yang dimiliki oleh Chelsea Brest telah mengeluarkan makanan hiasan mini dan unik ini telah berjaya menarik perhatian ramai pelanggannya dengan pelbagai jenis bentuk rekaan rantai, subang, cincin, loket rantai, hiasan dinding peti ais dan pelbagai lagi.
Syarikat Sucre Sucre Miniatures yang berpengkalan di California ini membuat perniagaan secara dalam talian dan membuat perhantaran ke seluruh dunia.
Mari kita lihat lagi gambar-gambar menarik
Cantikkan, walaupun nampak seperti boleh dimakan sebenarnya semua produk-produk mini comel ini diperbuat daripada tanah liat, polimer dan logam perak. Jangan nanti anda semua beli pergi makan pula, tidak pasal-pasal patah gigi.- Siakapkeli.com.my