Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mesir Minta Bantuan AS Sekat IS di Libya

No Comment
REUTERS - GAMBAR yang dirakam pada 16 November lalu menunjukkan asap menyelubungi sekitar Benghazi, Libya apabila tentera kerajaan bertempur dengan kumpulan militan.

KAHERAH – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Eropah untuk membantu tentera Libya menentang kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara itu sekali gus menghalang kemaraan IS seperti yang berlaku di Iraq dan Syria.

Al-Sisi berkata, keadaan di Libya yang bersempadan dengan Mesir kini semakin kritikal apabila wujud dua kuasa yang cuba memerintah negara itu iaitu kumpulan militan di Tripoli dan kumpulan yang diiktiraf antarabangsa di bandar Tobruk, timur negara itu.

Menurut beliau, anggota kumpulan militan IS juga telah menyeberang ke sempadan Mesir bagi membantu kumpulan militan Ansar Bayt al-Maqdis menyerang pihak keselamatan Mesir di Semenanjung Sinai.

Kumpulan Ansar Bayt al-Maqdis telah menyatakan sokongan mereka kepada militan IS awal bulan ini.

“Apabila kita menangani pengganas hanya di Iraq dan Syria, suatu yang sepatutnya turut diberi perhatian ialah Libya dan jirannya Mesir yang terjejas sama.

“Kita perlukan tindakan sama di Libya seperti yang diambil terhadap IS di Iraq dan Syria,” kata Sisi dalam satu temu bual dengan agensi media, France 24.

“Masyarakat antarabangsa iaitu AS dan Eropah mesti membantu tentera kebangsaan Libya menentang militan ini bagi memastikan keselamatan dan keamanan di negara itu,” katanya.

Konflik di Libya masih berterusan sejak pemimpin diktator, Muammar Gaddafi digulingkan pada tahun 2011 dengan beberapa kumpulan bertelagah untuk berkuasa di negara berkenaan. – Reuters/ Kosmo
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli