Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mesyuarat tergempar Presiden Parti Gabungan PR jika DSAI bersalah

No Comment


BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang tidak memihak kepadanya Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat tergempar.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, mesyuarat itu bertujuan menentukan hala tuju pakatan pembangkang.

"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ada mencadangkan pada hari yang andainya saya dijatuhkan hukuman, maka akan diadakan suatu mesyuarat tergempar untuk kita mara ke depan," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian naik taraf jalan Madrasah An-Nahdoh dan projek tebatan banjir Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun mengganggap keputusan mahkamah kalau tidak memihak kepadanya pun tidak sedikit pun akan menjejaskan Pakatan Rakya kerana mereka sudah pun  membincangkan perkara ini.

"Buat apa nak hukum saya, saya tak salah ...," katanya.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan yang habis mendengar rayuan terakhir Anwar bagi sabitan kesalahan liwat dan hukuman penjara lima tahun, menangguhkan keputusannya pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, memberitahu bahawa Mahkamah Persekutuan memerlukan sedikit masa untuk meneliti semua hujahan dan nas undang-undang dikemukakan pendakwa raya dan pembelaan sepanjang lapan hari bersidang.

Beliau bagaimana pun tetap dikenakan jaminan RM10,000 yang telah di tetapkan mahkamah rayuan serta perlu mengikut syarat-syarat yang telah di tetapkan sehingga keputusan rayuan di bacakan.

Dalam rayuan itu, Anwar, 67, memohon kepada Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas mengubah keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.- Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli