Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pas mahu projek Arwah Ustad Azizan di teruskan

No Comment

MERBOK; Pas Kedah hari ini hari ini mennyeru agar kerajaan negeri sekrang di bawah pemerintahan Dato Mukhriz Mahathir  agar meneruskan projek-projek terdahulu di bawah pimpinan arwayarham ustad azizan Abd Razak.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah, Mohd Azam Abdul Samat berkata, ia demi manfaat rakyat

Beliau berkata, apa yang berlakua dalah di sebaliknya apabila dilihat kerajaan sekarang seperti cuba menghilangkan apa yang dilakukan oleh PR sebelum ini.

"Kerajaan negeri sering memaklumkan akan mengkaji semula projek kerajaan negeri terdahulu hingga memberi  kesan kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, antara projek yang harus diteruskan ialah ladang rakyat di Pedu dan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

“Kita setuju jika kerajaan negeri nak buat kajian projek semasa pentadbiran PR jika ada terbengkalai ia perlu diteruskan, tetapi kalau sedang berjalan harap diteruskan,” katanya.

Beliau ditemui ketika mengikuti program nekad 3.0 untuk ahli Pas yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi 1 Lajnah Dakwah Pas Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi, Pengarah Operasi Jabatan Penyelidikan Pas Pusat dan Dr Zuhdi Marzuki- Siakapkeli.com.my





Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli