Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

UMNO Selangor mahu SPR lakukan persempadanan semula

No Comment

       PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan perasmian pada Konvensyen UMNO                  Selangor 2014 di Dewan Tun Razak Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Umno selangor hari ini melalui beberapa pemimpin mereka telah bersepakat untuk mengetengahkan perkara ini kepada SPR untuk menjalankan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor yang sudah lama tidak dijalankan.

Ketua UMNO bahagian Pandan, Datuk Mohd Haniff Koslan berkata beberapa kawasan Parlimen di Selangor mempunyai jumlah pengundi yang mencecah ratusan ribu.

"Pengundi semakin bertambah, tidak elok contohnya satu Parlimen pengundinya sampai ratusan ribu, kita boleh pecah kepada dua atau tiga, malah ada pula kawasan yang bilangan pengundi kurang daripada 30,000.

"Jika jumlah pengundi itu terlampau banyak ia akan membebankan wakil rakyat dan akhirnya mereka tidak dapat menjalankan kerjanya dengan baik," katanya kepada Bernama di sini.

Antara kawansan  yang di kenal pasti mepunyai pengundi berdaftar yang terlalu ramai adalah kawansan P98 Gombak dengan jumlah keseluruhan pengundi yang dicatat 123,290, P97 Selayang (105,895), P101 Hulu Langat (127,347), P102 Serdang (133,139), P107 Subang (128,543), dan P109 Kapar (144,159).

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata terdapat beberapa kawasan parlimen yang tidak mengaami pecahan semula pengundi lebih dari 90,000 orang semasa kali terakhir persempadanan semula pada tahun 2003.

"Sebagai contoh yang kita lihat di Parlimen Gombak, pada 2003, untuk kawasan Gombak tidak berlaku pecahan sewaktu persempadanan semula sedangkan jumlah pengundinya ramai, jadi akibatnya jumlah pengundinya bertambah sehingga kini dan terlampau besar sampai mencecah ratusan ribu.

"Penduduk di setiap Parlimen bertambah malah kali terakhir kita menjalani persempadanan semula ialah pada 2003, cuba bayangkan sekarang sudah 2014," katanya. - Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli