Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pegawai Kerajaan Diarah Makan Di Gerai Untuk Kurangkan Bajet

No Comment

JAKARTA: Indonesia telah mengarahkan pegawai-pegawai mereka untuk makan makanan gerai dan bukannya makanan luar negara.

Ini adalah langkah terbaharu oleh kerajaan untuk melumpuhkan birokrasi yang berlebihan.

Makanan seperti ubi kayu, jagung rebus dan kek keladi harus dihidangkan di majlis rasmi dan bilangan tetamu yang dijemput untuk upacara birokrat berpangkat tinggi harus dihadkan kepada 400, kata seorang menteri.

Presiden Joko Widodo, dikenali sebagai seorang yang sederhana, telah membuat banyak pengurangan dari segi perbelanjaan rasmi.

Beliau telah pun mengurangkan perjalanan dan bajet mesyuarat untuk tahun depan, malah minggu lepas terbang dalam kelas ekonomi ke Singapura bagi menghadiri majlis graduasi anaknya.

Tindakan itu telah mendapat pujian di laman siber.

Mengumumkan langkah terkini ini, menteri reformasi birokrasi, Yuddy Chrisnandi, mengarahkan pegawai-pegawai untuk "menghentikan perkara yang keterlaluan."

Chrisnandi berkata langkah ini akan diguna pakai di semua kementerian dan agensi kerajaan mulai 1 Disember dan sesiapa yang mengingkarinya akan berdepan tindakan seperti diturunkan pangkat atau ditangguhkan pemberian bonus.

Kementeriannya telah pun mengeluarkan satu senarai makanan yang dibenarkan dan mengarahkan jenis minuman dihadkan kepada kopi, teh dan air. - Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli