Pelajar Tersesat Di Gunung Datuk Ditemui Selamat
REMBAU: Semalam pihak kami ada melaporkan kehilangan seorang pelajar UNIKL (Micet) yang tersesat di Gunung Datuk. Pelajar tersebit bagaimanapun kita telah dijumpai dengan selamat.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembila, Johari Ahmad, Pelajar berkenaan, G. Galusia, 20, itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pada pukul 8.47 Jumaat malam.
“Mangsa dijumpai pada ketinggian kira-kira 263 meter dan dibawa turun kira-kira pukul 11.48 malam,” katanya.
Bagaimanapun terdapat kecederaan pada bahagian kaki kemudiannya dibawa ke hospital Alor Gajah.
Manurut laporan, mangsa dipercayai tersesat keitka mendaki gunung itu seorang diri. Namun dia yang ketika itu telah berjaya sampai ke puncak gunung telah menghubungi rakannya dan memberitahu yang dia telah tersesat dan tidak menemui jalan keluar.
Selain itu dia juga menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan.
Jabatan Perhutanan dan angota polis termasuk sepasukan 12 anggota bomba menyertai gerakan mencari dan menyelamat. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini