Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penjelasan dari Pemilik Galleria Kotaraya Terhadap Dakwaan Pekerja Cuai Hingga Menyebabkan Kecurian

No Comment
*Kemaskini: Pencuri tersebut telah memohon maaf kepada pemilik premis berkenaan dan pemilik premis sudahpun memberi kemaafan kepada pencuri itu. Selain itu video rakaman kecurian juga telah dibuang.


Sekiranya anda mengikuti laman Facebook Siakapkeli sebelum ini pihak kami ada memuatnaikkan sebuah video rakaman kecurian dalam Galleria Kotaraya menerusi CCTV. Video tersebut yang kini telah dikongsi oleh seramai 2,000 pengguna Facebook bagaimanapun telah disalahfaham oleh penonton.

Bagaimanapun ketika kejadian curi itu berlaku premis itu kelihatan kosong tanpa pekerja. Rata-rata mereka yang menyaksikan video tersebut telah memberi tanggapan yang negatif terhadap pekerja butik itu yang mana dinyatakan dalam komen-komen pada video tersebut. Selain itu terdapat beberapa buah blog juga mengulas kejadian itu dengan pandangan yang sama.



Susulan daripada video dan komen-komen negatif berkenaan, kini majikan premis itu tampil membuat kenyataan menjelaskan situasi sebenar ketika kejadian itu berlaku agar pekerja mereka tidak disalahkan dalam hal ini.


Selain itu, tujuan video tersebut dimuatnaik juga adalah untuk memberi pengajaran kepada kedai-kedai lain dan supaya berhati-hati dengan wanita (pencuri) itu.

Bagaimanapun premis perniagaan haruslah sentiasa berpenjaga walaupun bukan untuk jualan sekalipun untuk mengelakkan kes-kes kecurian seperti ini berlaku. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli