Majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK2014) telah berlangsung dengan jayanya malam tadi. Tetapi dalam kemeriahan majlis tersebut, ada juga yang terguris hati.
Penulis Lirik lagu Cindai, Hairul Anuar Harun baru-baru ini memuat satu status di Facebook yang meluahkan tidak puas hati dengan persembahan lagu Cindai oleh Stacy semalam.
Hairul Anuar menulis "hahaha... cindai dah jadi cibai...lirik ikut sedap mulut kau je...lantak korang la..." yang jelas menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap persembahan lagu tersebut semalam.
Status tersebut telah menarik minat beberapa pengguna FB yang lain yang mana rata-rata bersetuju dengan kritikan Hairul Anuar itu apabila Stacy menyanyikan lirik lagu yang salah.
Hairul juga mengkritik Stacy yang kononnya inginkan kelainan dalam persembahan lagu tersebut.
"Nak kelainan sgt kan? hambik la... mmg lain la jadinya..," tulis Hairul di dalam komen di status tersebut.
Menurut Hairul, dia kecewa kerana karyanya yang sudah berusia 16 tahun itu seolah-olah diperlekehkan dan menganggap Stacy tidak menyampaikan lagu tersebut secara serius. - Siakapkeli.com.my