Polis Tahan 2 Beradik Disyaki Tikam Bapa Tiri
NUSAJAYA – Polis menahan dua beradik selepas disyaki memukul dan menikam bapa tiri mereka dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Selesa Jaya, di sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, mangsa bekerja sebagai jurukimpal berusia lewat 30-an parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) .
Beliau berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima laporan isteri mangsa dan berjaya menahan kedua dua suspek yang berusia 30 dan 32 tahun itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, di sini, sebentar tadi. – BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini