Remaja Racun Suami Dijatuhkan Hukuman Mati
NAIROBI, NIGERIA: Sebuah mahkamah di bdandar ini telah menjatuhkan hukuman mato kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun selepas didakwa telah membunuh suaminya dengan meletakkan racun tikus didalam bekas makanan suaminya yang berusia 35 tahun.
Kejadian itu telah berlakudi ahri perkahwinan mereka dimana dia telah meletakkan racun tersebut dalam hidangan pengantin menyebabkan suaminya dan empat orang pengapit dan tetamu telah mati secara mengejut selepas memakan makanan bercun itu.
Pihak pendakwaraya percaya Wasila berbuat demikian kerana perkahwinan tersebut adalah satu paksaan dan dia tidak rela kerana suaminya itu, Umar Sani, sudah mempunyai ramai isteri.
Wasila bagaimanapun mengaku tidak bersalah sambil menangis secara diam dan mengaku tidak bersalah.
Menurut jiran mangsa, Abdulrahim Ibrahim, dia turut dihidangkna makanan itu tetapi dia tidak makan kerana ternampak sebuk hitam di dalamnya.
“Saya tidak selesa dengan baunya. Hanya Umar yang terus makan,’’ katanya di mahkamah.
Sementara bapa Wasila, Tasi berkata, dia cuba merayu kepada mahkamah agar anaknya itu tidak dikenakan hukuman mati.
Wasila kini telah ditahan di sekolah pendidikan juvana di Nairobi.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini