Tahniah Najib, 1MDB Rugi Besar! - Rafizi Ramli
Baru-baru ini, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan, telah memuat naik satu gambar yang mendedahkan satu laporan kewangan dari SSM menunjukkan kerugian besar yang dihadapi oleh 1MDB.
Menurut dari laporan kewangan itu, kerugian yang dialami oleh 1MDB berjumlah RM 665 juta dan hutang sebanyak RM 41 billion.
Rafizi menyifatkan tiada skandal sebesar ini yang telah berlaku di Malaysia. Menurutnya, jika dibandingkan dengan skandal NFC yang melibatkan lembu-lembu, 1MDB pula boleh disamakan dengan skandal yang melibatkan berjuta-juta lembu.
"Tidak pernah ada skandal sebesar ini di Malaysia. Jika NFC melibatkan lembu-lembu, 1MDB melibatkan berjuta-juta lembu!", kata Rafizi dalam status tersebut.
Selain itu Rafizi juga berkata 1MDB akan mengheret Najib Razak dan Malaysia jatuh.
Selain itu, Rafizi juga meminta agar orang ramai menyebarkan perkara ini agar rakyat tahu akan bahaya 1MDB.
1MDB atau 1Malaysia Development Berhad merupakan sebuah syarikat pembangunan strategik yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini