Salah seorang pegawai polis yang diserang |
PENDANG, 28 Nov: Tiga anggota polis telah diserang oleh seorang lelaki kurang siuman yang mengamuk di Kampung Kerbau disini, semalam.
Polis-polis tersebut diserang ketika cuba membawa lelaki berkenaan ke hospital setelah ibu lelaki tersebut meminta bantuan polis.
Salah seorang dari polis berkenaan menerima 10 jahitan di atas kepala manakala dua lagi cedera di tangan kiri dan betis.
Dua dari mereka diletakkan di wad Hospital Sultanah Bahiyah sementara seorang lagi yang cedera di betis dibenarkan keluar hari ini.
Lelaki kurang siuman yang berusia 28 tahun itu turut cedera ketika kejadian dan turut menerima jahitan di kepala. Kini dia di tahan di wad sahit jiwa di Hospital Alor Setar.- Siakapkeli.com.my