Tiga wanita kerugian RM40,000 ditipu lelaki kasanova
GEORGE TOWN - Atas dasar cinta, tiga wanita sanggup menyerahkan wang tunai yang kesemuanya berjumlah RM40,000 termasuk membenarkan seorang lelaki menggunakan kenderaan milik mereka setelah masing-masing dijanjikan akan dijadikan teman hidup lelaki berkenaan.
Namun mereka akhirnya menyedari kasanova berkenaan yang menggunakan nama samaran sebagai Nor Aiman Azmi
dan berusia 20-an itu hanya menabur janji palsu semata-mata untuk mendapatkan wang.
Berang dengan kelakuan suspek yang dianggap kekasih itu, kesemua mangsa yang merupakan pekerja kilang telah membuat laporan polis baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Azmi Adam dalam sidang media tengah hari tadi berkata, polis telah melancarkan gerakan memburu lelaki berkenaan setelah mendapati dia terlibat menipu ketiga-tiga wanita itu. - KOSMO!
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
