Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Video: Samseng Tersilap Besar Kerana Ganggu Isteri Peninju

No Comment


Bagai menjolok sarang tebuan apabila sekumpulan samseng telah mengganggu isteri seorang ahli tinju profesional iaitu isteri Nicolai Vlasenko yang merupakan pakar seni mempertahankan diri dari Rusia.

Kejadian itu berlaku apabila isteri Nicolai telah lalu dihadapan bilik VIP di sebuah kelab malam dan menyebabkannya telah ditarik oleh samseng-samseng yang berada didalam bilik VIP tersebut untuk masuk kedalam bilik berkenaan. Nicolai yang baru keluar dari tandas telah terkejut akan kejadian itu terus bertindak mendapatkan isterinya.

Bagaimanapun samseng-samseng tersebut telah cuba membawa perkara tersebut untuk berbincang tetapi mereka telah cuba menyerang Nicolai mungkin berang dengan kata-katanya.

Mereka yang cuba menyerang bagaimanapun tidak berjaya apabila Nicolai lebih pantas memberi tumbukan"KO" yang menyebakan 2 orang samseng tumbang dan seorang hampir pengsan.

Seorang saksi yang berada di tempat kejadian, Eldar Vinogradoff, 27, berkata : “Apabila samseng-sanseng keluar dari bilik mereka keluar dengan jumlah yang ramai."

“Terdapat sekurang-kurangnya 10 orang diketuai oleh dua orang samseng yang menyangka mereka ‘cukup besar’.

“Salah seorang daripada mereka telah membuka baju dan mula menakut-nakutkan peninju itu, dan saya hanya melihat tumbukan padu diepaskan dan samseng tersebut terusrebah.”

“Lelaki kedua cuba untuk menendang peninju itu dan dia juga jatuh serta-merta kerana ditumbuk.”

“Kemudian lelaki ketiga menyerang, dan dia telah hampir jatuh selepas menerima tiga tumbukan di kepala.”


Kerana itu samseng-samseng lain tidak berani menyerang setelah melihat kejadian tersebut

Samseng-samseng tersebut kemudian telah pergi ke balai polis untuk membuat lapora mereka diserang dan mengupah peguam untuk mendakwa Nicolai.

Bagaimanapun pihak polis ttidak mengambil sebarang tindakan setelah melihat rakaman CCTV dari premis tersebut yang jelas menunjukkan Nicolai cuba mempertahankan dirinya.

Peguam Vlasenko peguam Nicolai berkata: “Pelanggan saya tidak bersedia untuk membenarkan mereka mengganggu isterinya.”

“Beliau telah bersedia untuk berbincang dengan cara yang baik, tetapi apabila mereka menggunakan cara paksa, dia terpaksa membela diri dengan akibat yang tidak dapat dielakkan.”- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli