Zunar Nafi Isteri Ditahan Akibat Jual Buku Sindiran
Dua wanita dan seorang yang didapati menjual buku yang mengadungi sindiran terhadapat institusi kehakiman telah ditahan di hadapan Istana Kehakiman semalam.
Salah seorang yang ditahan adalah isteri kepada kartunis pro pembangkang, Zulkifli anwar Ulhaque, Zunar. Penjualan buku tersebut dilakukan semasa prosiding rayuan kes liwat II, Datuk Seri Anar Ibrahim.
Kira-kira jam 6.50 petang, mereka telah ditahan oleh anggota polis yang berpakaian preman dan kesemua bahan jualan dirampas. Kemudiannya mereka dibawa ke ibu pejabat polis daerah untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid mengesahkan laporan penahanan tersebut, termasuk isteri Zunar.
Walau bagaimanapun, Zunar menerusi laman sosial Facebook peribadinya menafikan khabar tersebut. Menurutnya,
Terkini, berdasarkan status di laman sosial Facebook yang dimiliki oleh Zunar telah menafikan khbar tersebit. Selain itu, menurutnya ketiga-tiga individu yang ditahan merupakan pembantunya yang dikenali sebagai Rizaldy, Raja Norita dan Norliza Mohd Kassim.
Menurutnya juga, ketiga-tiga mereka yang ditahan telah dibebaskan tengah malam tadi. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini