Polis New South Wales mengesahkan tiga orang maut dalam kejadian tebusan di Sydney atau Sydney Siege, termasuklah seorang lelaki bersenjata yang terlibat.
Polis menyerbu masuk ke tempat kejadian selepas lelaki bersenjata tersebut, Man Haron Monis menembak mati sekurang-kurangnya seorang tebusan selepas lima orang dari tebusannya berjaya melarikan diri, menurut media tempatan.
Polis kemudiannya mengesahkan seorang lelaki berusia 34 tahun dan seorang wanita berusia 38 tahun mati bersama-sama Man Haron semasa kepungan dilakukan. - Siakapkeli.com.my