Awie Mahu Selesai Di Luar mahakamah Dan Tidak Mahu Rozana Hadir Dalam Hidupnya Lagi
Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan artis rock terkenal tanah air ini pasti akan melihat perkara ini akan berpanjangan kerana keengganan isterinya Rozana Misbun yang tidak mahu menyelesaikan perkara ini diluar mahkamah. Dengan perkembangan ini pati merumitkan segala keadaan dengan pelbagi isu ayng timbul termasuk sijil nikah yang didakwa Rozana sebagai sijil nikah palsu.
“Saya inginkan masalah ini selesai di luar mahkamah kerana kisah rumah tangga hanya timbulkan aib bukan sahaja pada saya, bahkan kepada keluarga dan anak-anak. Saya telah beri cadangan kepada pihak Rozana untuk selesaikan kes ini di luar mahkamah kerana ia lebih baik untuk kedua-dua pihak, tetapi pihak Rozana menolaknya,” jelas Awieyang dipetik dari Kosmo.
Menurut Awie jika sijil nikah itu palsu kenapa Rozana hanya berdiam diri seama 9 tahun perkahwinan mereka selama ini seolah-olah dia sengaja hendak memalukannya sedangkan mereka sudah lama berkahwin.
“Jika sedar yang sijil nikah itu palsu, sedangkan kami telah berkahwin selama sembilan tahun dan mempunyai tiga orang anak, mengapa baru sekarang baru isu itu dibangkitkan semula, adakah mahu memalukan saya?”
“Rasanya kami berdua sudah tidak boleh bersama lagi. Selepas kes ini selesai di mahkamah, saya tidak mahu dia hadir dalam kehidupan saya lagi,” ujar Awie.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini