Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

“Harap aura 2010 ‘datang’ kepada kami lagi.” - Safee Sali

No Comment


Kuala Lumpur: “Harap aura 2010 ‘datang’ kepada kami lagi.” Demikian harapan penyerang negara Safee Sali menjelang final kedua Piala AFF bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pernah mengecapi saat gemilang membantu skuad negara mencatat kemenangan 3-0 ke atas Indonesia pada final pertama di venue sama empat tahun lalu, Safee berkata, tidak mustahil untuk aura itu datang lagi kepada skuad negara.

“Tahun 2010 memang satu kenangan indah dan harap ia menjadi sumber inspirasi kepada pemain lain untuk mengulanginya,” katanya.

Mungkin kerana pengalamannya itu, Safee tetap tenang dan tidak mudah putus asa meskipun skuad negara ketinggalan dengan defisit dua gol di tangan Thailand.

“Masih ada 90 minit lagi. Kita perlu terus positif dan tak mustahil untuk menang.

“Sesiapa yang bakal diturunkan nanti pasti akan mempunyai cita-cita untuk menjaringkan gol.

“Saya rasa semua sudah tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing,” katanya.- Harian Metro
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli