Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

CEO MAS: Orang Malaysia bodoh, kata Tun M

No Comment


KUALA LUMPUR - "Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Demikian reaksi balas bekas pemimpin negara itu apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Beliau berkata lagi tidak hairan jika 'orang luar' diberikan kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

"Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah," katanya lagi.

Mueller, ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS.-Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli