LONDON – Chelsea mengecewakan Sporting Lisbon untuk merebut tempat dalam 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah apabila tewas 3-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Barisan Jose Mourinho yang menghadapi kekalahan pertama musim ini menentang Newcastle, Sabtu lalu tampil untuk menguasai Kumpulan G itu.
The Blues yang sudahpun layak namun Sporting memerlukan satu mata untuk tempat kedua kumpulan mara bersama Chelsea.
Cesc Fabregas membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti seawal minit ke-8 sebelum Andre Schuerrle menambah jaringan pada minit ke-16.
Masuk separuh masa kedua, Sporting bangkit menerusi jaringan Jonathan Silva pada minit ke-50 untuk mengurangkan defisit gol namun John Obi Mikel menjaringkan gol ketiga tuan rumah enam minit kemudian. – AFP