Baru-baru ini, satu keratan mesej yang mengatakan SMK Manek Urai runtuh telah tersebar secara meluas di media sosial dan juga whatsapp. Hal ini telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak yang prihatin terhadap perkara tersebut.
.Hari ini polis telah membuat kenyataan bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali. Melalui satu kenyataan di laman FB Polis Diraja Malaysia, PDRM turut menafikan dakwaan dua anggota penyelamat polis yang kononnya mati kerana dibawa arus ketika bertugas.
Salah seorang saudara mangsa banjir yang berada di tempat kejadian juga turut mengesahkan perkara tersebut. Menurut beliau, kakaknya telah menghubunginya dan mengesahkan berita itu palsu semata-mata.
Diharap orang ramai tidak menyebarkan berita tidak sahih kerana dikhuatiri akan menyukarkan lagi proses pemberian bantuan oleh pihak bertanggungjawab. - Siakapkeli.com.my