Pesakit Kritikal Dipindah Segera Ke HUKM Kubang Kerian
PUTRAJAYA – Semua pesakit kritikal hospital di Kelantan yang terjejas akibat banjir akan dipindahkan segera ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata setakat ini seramai 35 pesakit kritikal di Hospital Kuala Krai sudah dipindahkan, manakala tiga lagi akan dipindahkan hari ini.
“Selain itu, terdapat tiga lagi pesakit kritikal yang akan dipindahkan dari Hospital Tumpat dan dua lagi dari Hospital Pasir Mas,” katanya.
beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan Kementerian Kesihatan bagi menghadapi banjir di sini, sebentar tadi.
Subramaniam berkata, semua pesakit dijangka dipindahkan menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya bantuan pengangkutan itu tidak dapat diperoleh daripada agensi terbabit, kementeriannya akan menyewa helikopter bagi tujuan berkenaan. – BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
