Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harga minyak mentah naik hari ini didorong kekukuhan saham Asia

No Comment


SINGAPURA: Harga minyak naik pada awal dagangan hari ini sejajar dengan peningkatan saham di pasaran Asia kerana pelabur menjangkakan kontrak minyak mentah Brent akan kekal di atas AS$60 hingga hujung bulan ini.

Indeks MSCI yang mengesan purata indeks Asia Pasifik kecuali Jepun naik 0.3 peratus pada awal dagangan manakala Nikkei, Jepun naik 0.4 peratus atau 64.13 mata kepada 17,685.53 dalam minggu dagangan pendek kerana Jepun akan bercuti Krismas mulai esok.

Kontrak Brent bagi penghantaran Januari naik kepada AS$62.04 (RM215.50) setong manakala kontrak minyak AS, WTI naik 69 cents kepada AS$57.82 (RM201) setong.

Penganalisis berkata, Brent mendapat sokongan belian selepas mencecah paras AS$60 (RM208), terendah dalam lima setengah tahun, pada awal bulan ini, kerana peniaga yakin paras harga itu akan kekal hingga hujung bulan ini.

Penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao berkata, harga Brent akan mendapat sokongan pada paras AS$60.77 (RM211) dan kini sedang dalam arah aliran meningkat dengan harga sasaran pada AS$63.52 (RM221). - Reuters
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli