Hospital Swasta Minta Kerajaan Kecualikan Mereka Dari GST
KUALA LUMPUR: Pihak Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) semalam telah meminta kepada kerajaan untuk mengecualikan mereka dari GST secara menyeluruh dalam industri penjagaan kesihatan swasta.
Menurut Presiden Persatuan tersebut, Datuk Dr. Jacob Thomas, walaupun GST dikecualika dalam bidang kesihatan namun pihak mereka bimbang kerana pesakati yang datang ke hospital swasta akan menanggung beberapa kos seperti dobi, makmal dan makanan.
“Pada ketika ini, tiada cukai dikenakan sekiranya menggunakan sumber perkhidmatan luar untuk keselamatan, makanan, dobi, makmal dan mengemas, tetapi selepas GST dilaksanakan, kita perlu membayar cukai itu dan ini akan membawa kepada peningkatan dalam kos operasi.
“Jadi, jika perkara ini tidak diteliti semula dengan baik, dikhuatiri kos daripada cukai tersebut akan membebankan pesakit dan pihak hospital,” katanya.
Beliau turut menjangkakan kos penjagaan kesihatan swasta akan meningkat sekurang-kurangnya lima peratus selepas GST dilaksanakan pada April depan kerana disebabkan oleh butiran ertentu dalam pelaksanaan cukai enam peratus.
“Walaupun sebelum ini, beberapa pihak memberitahu kos penjagaan kesihatan tidak akan terjejas dengan pelaksanaan GST secara umum, namun garis panduan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyatakan cukai tersebut hanya dikecualikan untuk perkhidmatan disediakan oleh doktor yang bekerja dengan hospital swasta sahaja.
“Garis panduan itu turut menyatakan yuran profesional, sewa klinik, doktor pakar sambilan di hospital swasta adalah tertakluk kepada GST."
Menurutnya 99% doktor adalah bukan pekerja tetap dn kebanyakan mereta hanya bekerja secara kontrak dan ini akan menyebabkan kos pemeriksaan dan prosedur termasuk pembedahan tertakluk kepada GST.
“JKDM menganggap doktor yang beroperasi sebagai perunding bebas sebagai ‘perkhidmatan outsourcing’ yang boleh dikenakan cukai, jadi, ini bermakna beban GST akan ditanggung oleh rakyat untuk perkhidmatan profesional itu,” katanya.
Beliau juga mengingatkan bahawaskim insurans kesihatan juga kemungkinan boleh terjejas apabila GST dilaksanakan nanti.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini