Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Kad Jemputan' Terlampau Jemput Orang Ramai Hadir ke Parti Hari Jadi

No Comment

Quanzhou, China - Jangan terkejut sekiranya papan-papan tanda dalam gambar diatas bukannya papan tanda iklan tapi sebaliknya 'kad-kad jemputan' bagi menjemput orang ramai untuk menghadiri sebuah parti hari jadi seorang remaja disini.

Sebuah keluarga kaya di China telah meletakkan papan-papan tanda tersebut untuk menghebahkan parti harijadi salah seorang daripada ahli keluarga tersebut yang ke 16.

Papan tanda itu diletakkan di sepanjang 400 meter di sebatang jalan di bandar Quanzhou, yang terletak di wilayah Fujian Tenggara China.


Papan tanda yang memaparkan tajuk "Selamat Datang ke Harijadi ke-16 Saya" itu dikepilkan sekali bersama gambar remaja lelaki yang bakal menyambut hari jadinya yang ke-16.

Menurut warga tempatan, papan-papan tanda itu adalah milik keluarga Shi yang mahu mengadakan majlis hari jadi ke-16 salah seorang cicit dalam keluarga itu.

Perkara ini telah mendapat perhatian netizen-netizen di seluruh dunia. Ada yang mengkritik dengan mengatakan ianya melampau dan ada juga yang mengucapkan tahniah.



Menurut seorang penduduk tempatan menerusi laman twitter, adalah adat orang disini untuk membuat majlis hari jadi ke-16 secara besar-besaran.

Bapa kepada remaja berkenaan pula meluahkan rasa gembira dan berharap agar majlis itu berjalan dengan lancar. Menurutnya, kesemua papan tanda itu hanya menelan kos sebanyak 1,600 yuan (RM 891.74) untuk dibuat. - Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli