Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Meninggal Terkena Jangkitan Kencing Tikus

No Comment


 ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun telah meninggal dunia malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah(HSB) kerana disahkan terkena jangkitan Kencing tikus.

Mangsa, Amirah Maisarah Zir Omar Khan, dipercayai telah pergi mandi manda dengan keluarganya di sebuah pusat rekreasi di Yan pada 20 November lepas.

Selapas balik dari perkelahan tersebut dia telah mengadu demam panas dan adik-adinya Nur Syazana, 5, dan Zaharah Alisa, 3, turut mengalami simptom tersebut.

Ibu saudara mangsa Norlaila Mohamad, 32, telah membawa mereka untuk emndapat rawatan lanjut di HSB dan doktor tidak mengesyaki ia adalah virus kencing tikus dan membawa meraka pulang kerumah Taman Pinang Merah di sini pada hari yang sama selepas mendapat rawatan.

"Hari Rabu dia dibawa semula ke hospital dan dimasukkan ke hospital dan meninggal pada Jumaat pukul 11.47 malam,"

"Nor Syazana masih dirawat di hospital selepas disahkan positif jangkitan kencing tikus oleh sebuah pusat perubatan swasta sementara Zaharah Alisa akan dibawa ke hospital petang ini," katanya.

Setakat sekarang usaha untuk menghubungi pihak HSB dan Jabatan Kesihatan Kedah untuk pengesahan kes ini masih tidak mendapat maklum balas.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli