Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Melaka Haramkan Penjualan Arak Di Kawasan Majoriti Muslim

No Comment

AYER KEROH - Penjualan minuman keras di kedai serbaneka 7-Eleven di kawasan majoriti penduduknya Melayu dan beragama Islam, akan diharamkan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, keputu-san berkenaan dipersetujui dalam Mesyuarat Exco semalam, di mana komposisi bangsa sesuatu tempat itu akan diambil kira sebelum pengharaman itu dikuat kuasakan.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menjalankan kajian terperinci bagi mendapatkan maklumat tepat berkaitan komposisi bangsa sesuatu kawasan di mana kedai serbaneka itu beroperasi.

“Sebagai contoh, sekira-nya lingkungan jarak antara dua 7-Eleven mempunyai 90 peratus orang Melayu, penjualan minuman keras di kedai  terbabit adalah tidak sesuai.

“Bagaimanapun, seperti di Malim di mana peratusan kaum bukan Melayu adalah 90 peratus, kita tidak mempunyai halangan untuk penjualan diteruskan,” katanya.

Menurutnya, walaupun 7-Eleven bersetuju dengan cadangan berkenaan, beliau meminta pengurusannya supaya melihat semula penakrifan ‘minuman keras’.

Ini kerana, katanya, minuman dengan kadar alkohol tinggi seperti wiski dan sebagainya ditakrifkan sebagai minuman keras dan bukannya bir yang dijual secara meluas oleh 7-Eleven.

“Bagaimanapun, secara dasarnya, mereka (7-Eleven) bersetuju cadangan ini.

“Kita tidak boleh membuat sesuatu undang-undang itu dengan sewenangnya tetapi perlu kajian berfakta dan berangka supaya keputusan itu nanti tidak memberi kesan yang sebaliknya,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Seri Negeri, di sini semalam.

Sementara itu, Idris turut menyarankan pihak pengurusan 7-Eleven memperbagaikan bangsa yang diambil bekerja di kedai serbaneka berkenaan.

Ini kerana, katanya, majoriti pekerja kedai serbaneka berkenaan adalah Melayu, di mana mereka mempunyai sensitiviti terhadap penjualan minuman keras kepada orang ramai.

“Selain menangani sensitiviti pekerja Melayu, langkah ini juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada bangsa lain,” katanya. ─ Sinar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli