Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Bunuh Diri Lepas ‘Kantoi’ Layari Laman Lucah Di Internet

No Comment

Seorang remaja perempuan di St. Petersburg, Rusia telah bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat pangsapuri kediaman keluarganya gara gara aktivitinya melayari laman lucah di Internet diketahui oleh ibu bapanya.

Remaja tersebut, Daria, 12 terjun dari pangsapuri tersebut selepas berperang mulut dengan ibu bapanya yang mengetahui aktiviti remaja itu ketika menggunakan komputer peribadinya.

Menurut laporan Mail Online, selain dari melayari laman lucah, mereka juga turut menemui mesej-mesej berbaur lucah antara anak mereka dengan rakan-rakan perempuan lain di telefon bimbitnya.

Remaja itu yang dibesarkan oleh keluarga yang normal tidak pernah terlibat dengan sebarang masalah berkaitan penjagaan kanak-kanak.

Bagaimanapun, terdapat laporan lain mengatakan bahwa ibu bapa remaja tersebut dalam proses penceraian.

Kes itu telah mencetuskan pendebatan di kalangan pengguna internet di Rusia dan ada antar amereka berpendapat ibu bapa yang bersalah dalam hal itu.

“Saya tak dapat bayangkan apa yang mereka katakan kepada remaja malang itu. Mereka sepatutnya menasihatkannya dengan tenang,” tulis salah seorang pengguna internet.

Siasatan terhadap kes ini bagaimanapun masih dijalankan bagi mengenalpasti sebenar tindakan remaja tersebut membunuh diri. ─ Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli