Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

24 Hilang, Bot Bangladesh Ke Malaysia Karam – Polis

No Comment
Gambar sekadar hiasan

DHAKA – Sebuah bot nelayan yang sarat dengan migran Bangladesh yang dikatakan hendak ke Malaysia karam dibadai ombak besar hari ini dan 24 penumpang masih hilang, kata polis.

Pihak berkuasa sudah menyelamatkan 32 wang Bangladesh di Teluk Benggal selepas bot itu karam kira-kira 2.5 kilometer dari pantai, tetapi ramai yang masih hilang.

“Kira-kira 24 orang masih hilang. Pengawal pantai dan polis masih meneruskan operasi menyelamat,” kata seorang pegawai polis, Masud Alam.

“Penumpang yang terselamat beritahu kami ada kira-kira 60 orang dalam bot itu. Semua penumpang adalah warga Bangladesh dan mereka menuju ke Malaysia secara haram menerusi laut,” katanya.

Anggaran mengenai jumlah penumpang tidak sama, apabila sebuah stesen TV swasta, Somoy dalam laporannya menyebut ada 100 penumpang ketika bot itu karam berhampiran pulau Kutubdia.

Bot itu dipukul ombak besar tidak lama selepas meninggalkan Chittagong, sebuah bandar pelabuhan di selatan negara itu.

Beribu-ribu warga miskin Bangladesh termasuk pelarian etnik Rohingya meninggalkan Myanmar untuk ke Malaysia setiap tahun dengan melalui perjalanan laut yang berbahaya sejauh 3,200 kilometer. – AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli