Kes Teksi Seret Motosikal : "Mereka Nak Samun Saya" - Pemandu Teksi
Kuala Lumpur: Baru-baru ini satu video yang memaparkan sebuah teksi mengheret sebuah motosikal menjadi viral di media sosial.
Aksi menggerunkan oleh teksi yang bernombor pendaftaran HWE 3192 itu mendapat kritikan ramai pengguna media sosial.
Bagaimanapun, pemandu teksi tersebut, Mahindran, 51, tampil menyatakan cerita disebelahnya pula. Mahindran mendakwa dia melarikan diri dari penyamun.
"Mereka nak samun, saya takut dan terus melarikan diri", kata Mahindran memetik dari laporan Harian Metro.
Menurut Mahindran lagi, dia didatangi oleh dua lelaki yang menunggang motosikal ketika sedang memeriksa bateri teksinya. Kemudian, dua orang terbabit secara tiba-tiba meminta wang, menyebabkan dia terus masuk ke dalam kereta dan memecut melarikan diri.
"Bagaimanapun, seorang daripada suspek meletakkan motosikalnya di hadapan kereta dengan niat menghalang saya melarikan diri. Saya bimbang dicederakan dan nekad merempuh motosikal itu," katanya lagi.
Menurut Mahindran, dia terus memandu sehingga ke lebuh raya apabila salah seorang penunggang motosikal itu cuba memecahkan cermin teksinya. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini