Lapan Kanak-kanak Ditemui Mati di Australia, Dipercayai Ditikam
CAIRNS: Lapan kanak-kanak berusia antara 18 bulan dan 15 tahun ditemui mati di sebuah rumah di bandar Cairns, Australia, kata polis pada Jumaat.
"Detektif di Cairns telah berada di lokasi kejadian dan memulakan siasatan ke atas kematian lapan kanak-kanak itu pagi ini," kata polis.
"Ketika pemeriksaan, polis menemui mayat kanak-kanak berusia di antara 18 bulan dan 15 tahun."
Seorang wanita berusia 30-an ditemui cedera.
Laporan menyebut bahawa kanak-kanak itu telah ditikam, namun polis belum dapat mengesahkannya. - Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini