Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Gesa Tiga Baki Individu Terlibat Insiden Gaduh AFF Suzuki Serah Diri

No Comment

KUALA LUMPUR: Polis Selangor hari ini menggesa supaya tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam rusuhan semasa perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki Ahad supaya tampil menyerah diri.

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor, SAC Datuk Mohd Adnan Abdullah, mereka dikehendaki tampil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan berhubung insiden tersebut.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan kesemua individu terbabit agar berhubung terus dengan ASP Chang Sing Kong (Pegawai Penyiasat) di talian 0167723336 atau ASP Mohd Amirul (Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam) di talian 0124748870 atau melalui talian tetap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222.

Setakat ini, tiga belas individu telah ditahan dan usaha untuk memburu yang selebihnya masih giat dijalankan.

Dalam kejadian 7 Disember lepas, segelintir penyokong fanatik Harimau Malaya dilaporkan bertindak keterlaluan sehingga berlaku ketegangan diantara mereka dengan penyokong Vietnam sebaik tamat perlawanan tersebut.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak bertamadun kumpulan penyokong itu yang bertindak melampaui batas dengan menyerang para penyokong Vietnam ketika berlangsungnya perlawanan separuh akhir pertama.

Turut kesal dalam kejadian tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan beliau memohon maaf bagi pihak Kerajaan Malaysia terhadap Vietnam di atas kejadian terbabit. - Astro Awani
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli