Lee Min-Ho Dedahkan Sakit Bengkak Hati Punca Wajahnya Kelihatan Tua
SEOUL: Selebriti kacak Korea Selatan, Lee Min-ho akhirnya mendedah mendedahkan kepada media dan peminatnya yang beliau mengalami sakit bengkak hati yang membuatkan wajahnya tidak bermaya dan kelihatan tua dalam filem terbarunya, Gangnam Blues.
“Muka saya macam bengkak teruk disebabkan hati saya tidak sihat meskipun saya tidak makan apa-apa pun. Pengarah Yon Ha malah minta saya makan terlebih dulu setelah melihat wajah saya lesu semasa penggambaran Gangnam Blues.”
Untuk mengurangkan sakitnya, dia telah bermain badminton pada awal pagi dan ahnya memakan mi ayam pedas sehari sebelum menjalani pergambaran filem ersebut namun sakitnya menjadi lebih serius.
“Saya kini sedang bekerja keras untuk memastikan muka saya kembali muda selepas ramai rakan memberitahu, wajah saya nampak agak lebih berusia daripada umur sepatutnya setelah menjalani beberapa babak lasak penggambaran Gangnam Blues,” katanya.
Beliau secara berseloroh berkata kebetulan ada sebuah stesen TV di Korea sedang memainkan drama lakonannya padathaun lalu, The Heirs dan peminat mendakwa wajahnya lebih muda dalam drama itu berbanding sekarang.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini