Legenda Bola Sepak Brazil, Pele Semakin Pulih
SAO PAULO – Pele semakin pulih dan sudah dipindahkan ke bilik persendirian ketika menjalani rawatan di Hospital Albert Einstein, di sini, kata doktor.
Hospital itu dalam kenyataan berkata, legenda bola sepak Brazil berusia 74 tahun itu dipindahkan dari unit jagaan separa-rapi semalam.
Pele dimasukkan ke hospital sejak 24 November lalu selepas dikesan mengalami jangkitan saluran kencing berikutan pembedahan bagi mengeluarkan batu karang pada 13 November lalu.
Jumaat lalu, doktor berkata, Pele tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan lain. – AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini