Setelah satu video yang memaparkan dirinya menganiaya kucing tersebar dan mendapat kritikan sehingga dilabel sebagai kejam oleh pengguna media sosial, lelaki yang menganiaya kucing tersebut tampil memberikan penjelasan mengenai video terbabit.
Menggunakan nama facebook Miki Monzter, lelaki berkenaan yang berpakaian hitam di dalam video itu berkata video itu sebenarnya video lama dan dia mendakwa pihak yang menyebarkan video tersebut sebenarnya berniat menyebarkan aibnya. Berikut adalah penjelasan penuh oleh Miki Monzter.
"Tak sangka video lama aku dulu jadi famous."
Kucing itu aku jaga (dengan) baik sehingga dia mati. Anak tiga ekor, aku perhabiskan duit jaga sampai besar dan aku tak sangka sikap saudara aku sendiri membuka aib yang lama sehingga aku dicari dalam Facebook ini.
Aku hanya berdoa pada Allah SWT. Moga Allah membalas segala perbuatan bekas sepupu aku itu.
Cukulah dia buka aib aku pada seluruh kerabut keluarga dan sepupu aku sebelum ini. Sekarang, dah buka aib di seluruh Malaysia.
Ini tanda-tanda kiamat sesama saudara sedarah berpecah belah.
Nama kuling itu Julia. Julia, aku dah minta maaf pada kamu dan aku jaga kamu. Aku tak salahkan orang yang comment dan maki-maki, ugut-ugut aku sebab bukan salah mereka pun. Mereka tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Kuling itu tak mati di tandas itu. Elok selepas rakaman video, aku jaga dia. Biarlah orang buat aku macam ini.
Kami sudah cuba menghubungi Miki Monzter melalui Facebook untuk penjelasan yang lebih terperinci malangnya facebooknya sudah tidak dapat dijumpai(mungkin sudah diprivatekan atau deactivated). Yang ada cuma Facebook lamanya yang sudah lama tidak dikemasikini.
Menurut Miki Monzter di dalam kenyataan FBnya itu, dia sudah meminta maaf kepada kucing tersebut dan juga menjaga kucing tersebut sehingga kini mempunyai anak tiga ekor. Selain itu, Miki Monzter juga menyatakan dia akan menjaga kucing tersebut sehingga mati - Siakapkeli.com.my