Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Tidak Mengaku Bersalah Atas Dakwaaan Serang Penyokong Vietnam

No Comment
MUHAMAD Izzat Mohd Khir diiringi anggota polis keluar dari mahkamah. FOTO Rosdan Wahid

Shah Alam: Seorang lagi lelaki didakwa di mahkamah dan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan merusuh dengan menyerang penyokong Vietnam yang menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam 7 Disember lalu.

Tertuduh, Muhamad Izzat Mohd Khir, 25, dari Seremban membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin di Mahkamah Majistret, sini.

Muhammad Izzat didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama lima lagi yang sudah dituduh serta beberapa orang lagi yang masih bebas pada 7 Disember lalu 9.50 malam di Stadium Shah Alam didakwa merusuh dengan menyerang mangsa iaitu penyokong Vietnam yang menonton perlawanan bola sepak.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip manakala tertuduh diwakili peguam bela Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud.

Mahkamah menetapkan 22 Januari ini untuk sebutan kes dan tertuduh dikenakan jaminan RM2,800 dengan seorang penjamin. ─ myMetro online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli