Wanita Terjun Laut, Dihanyutkan Ke Pantai Akhirnya Dirogol Nelayan
INDIA: Cubaan bunuh diri seorang wanita bersama-sama dengan ahli keluarganya, ibu bapa, dan empat orang adik dengan terjun laut akhirnya bertukar kepada cerita lain apabila dia dihanyutkan ke tepi pandai dan dirogol oleh dua orang nelayan.
Wanita itu bersama keluarganya pada asalnya cuba untuk bunuh diri beramai-ramai pada 18 disember yang lalu. Mereka berbuat demikian setelah diusir dari rumah mereka di Puducherry.
Namun, dua daripada adik beradiknya serta ibu mereka meninggal dunia dalam kejadian itu namun wanita itu bersama-sama dua lagi adik beradik serta bapanya dihanyut arus deras.
Wanita itu mendakwa dirinya telah dirogol ketika tidak sedarkan diri dan dua orang nelayan itu telah mengaku melakukan jenayah tersebut kepada polis.
Kini, pihak polis sedang menyiasat rakaman CCTV hotel-hotel sekeliling pantai itu. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini