Makan Nasi Sekeluarga Hanya Berlaukkan Budu
Takkala anda sedang memakan makanan yang sedap-sedap belaukkan ayam, ikan, daging dan lain-lain tahukah anda terdapat sebuah keluarga di Kampung Puteri Saadong, Wakaf Che Yeh ini hanya makan naik berlaukkan Budu.
Mereka terpaksa mencatu dengan hanya sekilo beras untuk tujuh beranak sehari dan memakan ubi kayu rebus jika tidak cukup. Segala aktiviti memasak dirumah tersebut hanya menggunakan dapur kayu.
Sedih hati ini mendengar cerita ini dimana suami puan Zaiton Mamat, 41, tidak boleh bekerja kerana menghidapi ketumbuhan diperut.
Puan Zaiton kini menjadi ketua keluarga memikul segala beban semampu mungkin. Bagaimanapun dua orang anaknya Mohd Lukman, 19, dan Mohd Hakim, 14 terpaksa berhenti sekolah lebih awal untuk membantu beliau mencari nafkah.
Lebih memeritkan lagi beiau terpaksa meminta saudaranya di Kuala Lumpur untuk menjaga seorang anaknya, Nur Arisya Amina, 4, kerana tidak mampu untuk menjaga semua kerana terlalu daif.
Mereka jugak terpaksa menggunakan generator untuk mendapatkan bekalan elektrik selepas telah dipotong tahun lalu.
Sungguh besar pengorbanan seorang ibu yang terpaksa menjadi ketua keluarga. Apapun kami harapkan kehidupan keluarga ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini