Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki ditahan bersama RM21juta syabu cuba sogok polis RM1.2juta

No Comment


MIRI 5 Dis. - Seorang pekerja sebuah syarikat minyak mungkin menyangka semua anggota polis akan ‘gelap mata’ apabila disogok dengan wang mencecah RM1.2 juta bagi membebaskan dirinya yang ditangkap membawa syabu bernilai RM21 juta di Lapangan Terbang Miri, di sini semalam.

Namun, sangkaannya ternyata meleset apabila anggota polis yang bertugas memeriksanya adalah seorang yang jujur dan langsung tidak tertarik dengan wang lumayan yang ditawarkan.

Padahnya, suspek berusia 21 tahun itu ditahan dan bakal berdepan dengan hukuman gantung kerana melakukan kesalahan mengedar dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, suspek dikesan cuba membawa 111 bungkusan dipercayai mengan*dungi dadah jenis syabu seberat 115.8 kilogram dalam enam bagasi-nya ke Kuala Lumpur.

Kata sumber itu, anggota polis yang bertugas di kaunter imbasan mendapati suspek yang bersendirian enggan mengimbas bagasinya dan terus menuju ke kaunter pendaftaran.

“Anggota polis itu bertindak pantas menghalang suspek dan memintanya supaya melalui mesin pengimbas dan mengesan bahan terlarang dalam salah satu bagasi tersebut iaitu ketulan kristal dipercayai syabu.

“Suspek yang terdesak mahu melepaskan diri menawarkan wang sogokan sebanyak RM1.2 juta kepada anggota polis berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun sumber itu memberitahu, anggota polis terbabit enggan melayan tawaran suspek dan terus menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk tindakan lanjut.

Katanya, pemeriksaan lanjut oleh pasukan polis dari BSJN IPD Miri mendapati keenam-enam bagasi itu turut mengandungi dadah jenis sama yang disembunyikan dalam 111 bungkusan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Seri Mohammad Sabtu Osman berkata, suspek akan ditahan reman selama tujuh hari sehingga 12 Disember ini untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, pihaknya masih menyiasat sekiranya ada individu lain bersama suspek di lapangan terbang tersebut atau penglibatan sindiket dadah lain dalam kes berkenaan.

Ketika ditahan, ada enam bagasi bersama suspek dan kami masih menyiasat jika ada penglibatan individu lain dalam kes tersebut. Kesemua dadah terbabit ditemui dibungkus dalam plastik minuman dari Taiwan,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Miri, di sini hari ini.-Utusan
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli