Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perang Smartphone Murah China Gugat Populariti Jenama Smartphone Terkenal

No Comment


Perang smartphone dari China sekarang seolah-olah satu perang dunia ke 3 dimana syarikat-syarikat seperti One Plus One, Xiaomi, Huawei dan Meizu telah mengeluarkan smartphone terbaik mereka dengan penawaran harga yang murah,

Percayakah anda bahawa dengan harga yang murah mereka juga menawarkan kualiti yang sama taraf dengan pengeluar telefon berjenama besar yang lain seperti Htc, Sony, Nokia, Oppo dan Apple.

Dari keputusan Benchmark Test yang dilakukan ternyata "telefon murah" ini berjaya menyaingi kehebatan yang terdapat pada "telefon mahal" yang berjenama di pasaran.



 iPhone6

Note 4

Keputusan Benchmark Keseluruhan

Dari segi software mereka juga berjaya bersaing dengan smartphone berjenama yang lain. Kita ambil perbandingan penting dua smartphone yang mewakil "telefon mahal" dan telefon murah Samsung Note 4 yang berharga Rm2499 dan  iaitu Xiomi mi4 yang berharga RM1130. Perbandingan akan melibatkan penerimaan rangkian, Display, Kamera, Chipset, Cpu, Gpu dan Bateri.

Samsung Note 4 (gsmarena)

Rankaian: 2G, 3G dan 4G LTE
Display: Jenis Super AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
               Perlindungan Corning Gorilla Glass 3
Camera:16 MP, 5312 x 2988 pixels(belakang)
              3.7 MP, 1440p(depan)
Chipset: Exynos 5433 (SM-N910C) Pasaran Asia, Europe, South America
              Qualcomm Snapdragon 805(SM-N910S) Hanya untuk pasaran Korea
Cpu: Quad-core 1.9 GHz Cortex-A57 (SM-N910C) Pasaran Asia, Europe, South America
         Quad-core 2.7 GHz Krait 450 (SM-N910S) Hanya untuk pasaran Korea
Gpu:  Mali-T760 (SM-N910C) Pasaran Asia, Europe, South America
Bateri: Li-Ion 3220 mAh battery

Xiaomi Mi 4 (gsmarena)

Rankaian: 2G, 3G dan 4G LTE
Display: Jenis IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Camera:13 MP, 4128 x 3096 pixels(Belakang)
              8 MP, 1080p@30fps(depan)
Chipset: Qualcomm MSM8974AC Snapdragon 801
Cpu: Quad-core 2.5 GHz Krait 400
Gpu: Adreno 330
Bateri: Non-removable Li-Ion 3080 mAh battery

Jelas disini apa yang ditawarkan "telefon murah" berjaya menyanyingi "telefon mahal". Kemunculan smartphone murah ini mungkin akan memaksa syarikat-syarikat terkenal menurunkan harga kerana kepada keadaan sekarang nampaknya "telefon murah" sudah mendapat perhatian dunia.

Menurut penganalisis firma penyelidikan IDC, Melissa Chau berkata," jualan telefon pintar pada 2015 diunjurkan sebanyak 1.5 bilion unit, tumbuh sebanyak 12.2 peratus berbanding jualan tahun ini."

“Penurunan pertumbuhan ni dijangka akan berterusan sehingga 2018 dengan peningkatan purata sepanjang tempoh itu sebanyak 9.8 peratus setahun.

“Harga telefon pintar secara signifikan berkemungkinan jatuh daripada harga jualan purata sebanyak AS$297 (RM 1,024) pada 2014 kepada AS$241 (RM830) menjelang 2018,” katanya lagi.

Menurut beliau, kemasukan peserta industri telefon pintar dari China ke pasaran global dalam masa sama meningkatkan persaingan seterusnya mencetuskan perang harga.

“Segmen bagi telefon pintar premium dijangka tidak berubah dan kami menjangkakan telefon pintar bagi segmen mampu milik akan memiliki spesifikasi dan ciri teknologi lebih meluas.

“Pengguna tidak perlu beralih kepada segmen telefon pintar mewah untuk memiliki telefon pintar yang berkualiti dengan pengalaman lebih baik,” menurut beliau lagi.

Sementara itu, penganalisis IDC, Ramon Llamas pula menjangkakan "peranti Android berkuasa Google akan terus menguasai pasaran dengan 80 peratus daripada telefon pintar global dan 61 peratus bagi pendapatan."

Tambahnya beliau lagi , iPhone yang mewakili 13 peratus daripada unit telefon pintar global yang dijual dan penghantaran pula dijangka berkurangan pada masa akan datang-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli