Gambar hiasan |
Ampang Jaya - Seorang pekerja tapak binaan terkejut setelah mendapati suara jeritan yang datang dari sebuah bonet kereta yang terbakar di Taman TAR, disini semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya , Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, lelaki itu melihat sebuah kereta Proton Waja terbakar setelah berlaku satu pertengkaran antara sekumpulan lelaki di tempat letak kereta kira-kira pukul 10 malam.
"Apabila saksi tiba di tempat kejadian, dia terdengar satu pertengkaran dalam bahasa Tamil antara empat ke lima orang lelaki di tempat letak kereta sebelum dia ternampak kereta Proton Waja tersebut terbakar", katanya memetik laporan dari NST.
Khairuldin menambah saksi kemudiannya melihat tiga atau empat lelaki meninggalkan tempat kejadian menggunakan Mitsubishi Pajero.
"Dia kemudiannya terus pergi ke arah kereta yang sedang marak dan terdengar bunyi jeritan meminta tolong dari bonet kereta dan memanggil 999", kata Khairuldin.
Bomba sampai di tempat kejadian dan menemui mayat lelaki dalam keadaan 70 peratus terbakar di dalam bonet kereta tersebut.
Khairuldin menambah, rekod menunjukkan kereta itu telah dicuri di Sentul lebih kurang jam 9 malam semalam.
"Pemilik kereta meletakkan kereta tersebut di hadapan rumah sebelum ianya dicuri.", katanya sambil menambah kes masih lagi disiasat adalah kereta dicuri untuk tujuan membunuh atau atas sebab lain. - Siakapkeli.com.my