Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Ani Arope

No Comment


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Dr Ani Arope yang meninggal dunia pagi ini.

"Takziah kepada keluarga TS Ani Arope yang pulang ke rahmatullah pagi tadi. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah," katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau. Ani, 83, yang sebelum ini menerima rawatan bagi penyakit kanser prostat, meninggal dunia sebelum subuh tadi di Pusat Perubatan Subang Jaya. Dilahirkan pada 17 Mei 1932 di Sungai Bakap, Seberang Prai, Pulau Pinang, Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Saenah Ahmad dan tiga anak selain anak angkat.


Jenazah dibawa ke Balai Islam TNB di Bangsar untuk diuruskan dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Allahyarham adalah Pengerusi Eksekutif TNB dari 1992 hingga 1996 selain pernah menerajui beberapa syarikat swasta, institusi pengajian tinggi dan pelbagai organisasi.-Berita Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli