Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nikmati Penerbangan Percuma RayaniAir

No Comment


RAKYAT menyambut baik promosi syarikat penerbangan baharu, RayaniAir Sdn Bhd (RayaniAir) yang membuka peluang kepada bakal penumpang menikmati penerbangan percuma ke beberapa destinasi.

Sebahagian orang ramai mengakui mereka teruja dengan promosi yang dilakukan  yang bertumpu di kawasan bandar, malah sekitar daerah dan kampung juga boleh melihat pelekat kereta RayaniAir di kereta.

Penduduk Tanjung Chat, Kota Bharu, Wan Ahmad Wan Ismail, 71, berkata, setelah diberitahu oleh rakannya mengenai promosi tiket percuma melalui tampalan pelekat pada kereta, dia segera mendapatkan pelekat kenderaan berkenaan di hadapan pusat membeli-belah, Parkson.

“Pada saya pelekat kereta yang ditawarkan adalah menarik dan memberi gambaran awal mengenai penerbangan baru yang bakal beroperasi dari negeri ini ke destinasi lain,” katanya kepada Sinar Harian semasa Promosi Tampalan Pelekat Kenderaan RayaniAir, di KBTC dan Tesco, di sini, semalam.

Pengunjung lain, Maizatul Akma Abdullah, 32, berkata, rakyat di negeri ini perlu merebut peluang terhadap promosi yang giat dijalankan bukan sahaja di sekitar Kota Bharu dan Kubang Kerian, sebaliknya daerah lain juga terlibat.

“Promosi tampalan pada pelekat kereta ini membolehkan mereka yang tidak tahu mengenai RayaniAir teruja untuk mengetahuinya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ravi Alagendrran berkata, pelbagai promosi dijalankan oleh pihaknya terutama di beberapa daerah di negeri ini.

“Lebih 10,000 pelekat ditampal pada kenderaan atas persetujuan pemiliknya selama enam bulan. Mereka boleh menebus tiket percuma di lapangan terbang mengikut destinasi dan memilih tarikh berdasarkan terma dan syarat (tidak termasuk hari cuti sekolah).

“RayaniAir akan bergerak ke destinasi seterusnya di seluruh Malaysia termasuk Alor Setar, Langkawi, Pulau Pinang bermula pada Sabtu (esok) dan untuk mengetahui lokasi seterusnya perlu ‘Like’ Facebook RayaniAir,” katanya.

 Beliau berkata, pihaknya berharap khidmat penerbangan itu menjadi pilihan di hati penduduk di Kelantan dan seluruh Malaysia menjadikan RayaniAir sebagai salah satu syarikat penerbangan pilihan kepada mereka, biarpun hanya tinggal di kampung-kampung.

 Jom terbang dengan RayaniAir bersama Kapten B737-400 dan ‘First Officers’ minimum 500 jam dengan lesen Malaysia CPL/IR atau ATPL.

 Mereka yang berminat boleh menghubungi Pejabat RayaniAir 03-55185786 atau faks 03-55240267 atau melalui e-mel rayaniair@yahoo.com/info@rayaniair.com atau Facebook RayaniAir. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli