Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Setahun Enam Kali Kabel Dicuri

No Comment


SERDANG – Pengilang di kawasan industri Taman Desa Serdang mengadu tidak tahan berdepan kesukaran apabila talian telefon terputus setiap kali kabel bawah tanah sebuah syarikat telekomunikasi dicuri.

Dakwa mereka, keadaan itu berlanjutan sejak dua tahun lalu, namun menjadi semakin serius tahun ini.

Pernah terjadi, dalam sebulan tiga kali kabel dicuri menyebabkan mereka dan penduduk di perumahan sekitar terputus talian telefon berhari-hari.

Wakil pengilang, David Yue, 30, berkata, perkara itu menimbulkan masalah dan mengganggu rutin perniagaan mereka.

“Pelanggan tak dapat hubungi dan sangka kita tutup kedai. Jika terputus talian, mesin kad kredit dan faks semua tak boleh guna,” katanya.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), R Thiagarajah berkata, beliau dimaklumkan kes kecurian kabel berlaku sekurang-kurangnya enam kali setahun di Desa Serdang.

Katanya, akibat perbuatan jenayah itu, talian telefon pengguna akan terputus hampir 10 hari sehingga kabel dipasang semula dan dibaik pulih.

Beliau berkata, pihak syarikat telekomunikasi mempunyai pasukan peronda yang melakukan kawalan keselamatan sebagai pencegahan.

“Syarikat telekomunikasi itu juga ada unit dan peralatan khas yang dapat kesan jika berlaku kecurian tetapi malangnya bila pasukan keselamatan sampai di lokasi kejadian, pencuri sudah melarikan diri,” katanya.

Thiagarajah berkata, disebabkan kes kecurian yang menjadi-jadi, syarikat telekomunikasi berkenaan terpaksa menurap lubang ‘manhole’ dengan konkrit.

“Bagaimanapun ia membabitkan kos kerana perlu dipecah, jika ada kerja hendak dilakukan," katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi polis di talian, 03-55101737 jika ternampak ada pihak mencurigakan membuat kerja-kerja pengalihan kabel. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli