Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Paip Pembetungan Pecah, Najis Mengalir Keluar

No Comment


SEREMBAN -  Seorang penduduk di Blok B Flat Jalan Templer di sini, terpaksa tinggal dalam keadaan tidak selesa disebabkan bau busuk ekoran paip pembetungan bersebelahan rumahnya yang pecah.

Keadaan itu menyebabkan najis dan sisa kumbahan mengalir keluar ke dalam longkang, sekali gus mewujudkan suasana meloyakan.

Wong Ah Keong, 77, berkata, masalah yang berlaku sejak setahun lalu sudah dimaklumkan kepada persatuan penduduk di kawasan itu untuk diambil tindakan.

“Tapi saya kecewa kerana dimaklumkan peruntukan membaiki tiada. Sebenarnya, bangunan ini baru sahaja dinaik taraf tahun lalu dan sepatutnya masalah ini tidak berlaku.

“Bila sudah jadi macam ini, saya dan keluarga terpaksa menanggung susah. Bukan saja perlu berdepan bau busuk setiap hari, tapi suasana menjijikkan apabila najis melimpah keluar dari paip yang pecah,” katanya.

Menurutnya, dia yang tinggal di situ sejak 30 tahun lalu sangat berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kerosakan tersebut.

Sementara itu, Adun Lobak, Siaw Kim Leong  berkata, projek menaik taraf flat melibatkan kos RM1.5 juta.

“Saya difahamkan projek tersebut dibuat pada Mei, tapi selepas beberapa bulan paip ini pecah. Macam mana dalam tempoh singkat masalah ini boleh berlaku yang seolah-olah menunjukkan kualiti kerja dilakukan sebelum ini tidak begitu baik.

“Saya ada berhubung dengan persatuan penduduk dan alasan diberi tiada peruntukan. Bagi saya ini bukan alasan yang baik kerana ia melibatkan masalah rakyat,” katanya. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli