Peminat Dakwa Akim 'Lalok' Atas Pentas Muzik-Muzik
Ramai peminat-peminat muzik tanah air sebelum ini mengharapakan lagu dendangan Akim iaitu Mewangi akan mara ke pentas Juara Lagu ke 29 tetapi impian mereka itu berkecai selepas penyanyi itu tersingkir.
Ramai peminat yang menyelar tindakan juri kerana tidak memilih lagu tersebut kerana lagu tersebut amat baik dan menjadi kegilaan sekarang. Selain yang menyerlar tindakn juri ada peminat yang mengamuk dan menuduh Akim 'Lalok' iaitu dibawah pengaruh dadah ketika sedang menyanyikan lagu tersebut di atas pentas yang menyebabkan dia tidak beraksi dengan baik malam itu.
Akim yang tampil menjawab perkara tersebut menafikan sekeras-kerasnya yang di di bawah pengaruh dadah semasa beraksi hari itu.
“Sudah sudahlah memfitnah saya. Janganlah mudah menghukum disebabkan karakter, gaya atau cara saya buat persembahan malam itu yang disalah ertikan. Tak bolehlah menilai saya hanya berdasarkan satu persembahan saja,” ujarnya.
Sebaliknya beliau menegaskan bahawa prestasi nyanyiannya teruk pada malam itu kerana dia berada dalam keadaan tertekan dan gemuruh.
“Saya takkan rasa gemuruh kalau saya lalok dan separa sedar bukan? Tapi malam itu saya sangat gemuruh dan sedar kelemahan itu. Padahal kalau saya menyanyikan lagu itu pada persembahan di pentas lain, okey saja”
“Mungkin pihak yang tersalah anggap itu perlu ikut persembahan saya yang lain dan bandingkan sendiri. Kalau saya jenis yang ‘lalok’ memang susahlah saya hendak buat persembahan di merata tempat dan masa,” tambahnya lagi.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini