Pak Majid Akhirnya Selesai Misi Berjalan Kaki Mengelilingi Semenanjung Malaysia
KUANTAN: Peminat fanatik Tok Gajah, Abdul Majid Abdul Hamid, 58, akhirnya telah berjaya menunaikan nazarnya mengelilingi semenanjung Malaysia apabila berjaya menjejakkan kaki di Stadium Darul Makmur pada pukul 4.30 petang sebentar tadi.
Misi ini ditunaikan selepas beliau bernazar atas kemenangan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2014 yang lalu selepas mengalahkan JDT melalui sepakan penalti dengan jaringan 5-3 selepas terikat 2-2 dalam pelawanan yang mengheret sehingga masa tambahan.
Beliau yang merupakan bekas pengawal keselamatan yang menetap di Felda Lepar Hilir 1 telah berjalan sejauh 2,187 kilometer melibatkan 41 hari berjalan kaki dan 46 hari berkelana melewati 12 buah negeri di semenanjung Malaysia.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini